Billert Group | Mohon, Selamat, Mudah.

Terms & Condition

Terma dan Syarat

Tiada yang tersembunyi dan kami telus dalam setiap tempoh proses pembiayaan anda.

Pengenalan

Selamat datang ke laman web Billert Group. Dengan mengakses laman web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut. Sila baca dengan teliti sebelum menggunakan laman web ini.

Perkhidmatan Kami

Billert Group menyediakan perkhidmatan perundingan dan bantuan dalam proses permohonan pinjaman peribadi dari bank dan koperasi. Kami tidak menyediakan pinjaman atau nasihat kewangan.

Caj Perkhidmatan

  • Caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Billert Group adalah tidak tetap dan bergantung kepada kes-kes individu.
  • Caj perkhidmatan akan dimaklumkan kepada pemohon sebelum permohonan dilakukan di bank atau koperasi.
  • Caj hanya akan dikenakan setelah pinjaman diluluskan dan dana dimasukkan ke dalam akaun pemohon.
  • Pemohon perlu membayar caj perkhidmatan yang telah dipersetujui ke dalam akaun syarikat Billert Group.
  • Tiada proses refund kerana kami tidak mengenakan bayaran awal. Proses awal adalah percuma dan bayaran hanya diminta selepas kerja selesai.

Penggunaan Laman Web

  • Anda bersetuju untuk menggunakan laman web ini hanya untuk tujuan yang sah dan mengikut semua undang-undang yang berkenaan.
  • Anda tidak dibenarkan menggunakan laman web ini untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang atau melanggar hak orang lain.

Had Tanggungjawab

  • Billert Group tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada penggunaan laman web ini atau perkhidmatan yang ditawarkan.
  • Kami tidak menjamin bahawa laman web ini akan sentiasa tersedia atau bebas dari kesilapan.

Hak Cipta

Semua kandungan di laman web ini, termasuk teks, grafik, logo, dan imej, adalah hak milik Billert Group dan juga milik pautan luar seperti freepik, envato dan ianya dilindungi oleh undang-undang hak cipta.

Pindaan Terma

Billert Group berhak untuk mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis. Anda dinasihatkan untuk menyemak halaman ini secara berkala untuk memastikan anda memahami terma dan syarat terkini.